CENDOL



Bahan - bahan
• 500 ml santan
• 200 g gula Melaka
• 300 g cendol
• 1 helai daun pandan
• Ais secukupnya
• Kacang merah (optional)
• Nangka (optional)
Cara Penyediaan
1. Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan.
2. Tapis dan sejukkan.
3. Panaskan santan bersama sedikit garam.
4. Masukkan ais dan cendol ke dalam mangkuk.
5. Tuangkan gula Melaka dan santan.
LAICI KANG



Bahan - bahan
- 1 tin buah laici
- 1.5 liter air
- 100–150 g gula batu
- 5–6 biji kurma merah
- 5–6 biji longan kering
- 1 sudu besar biji selasih
- 1–2 helai daun pandan
- 2–3 sudu besar buah kundur manisan
- Ais secukupnya
Cara Penyediaan
- Rendam biji selasih dalam air sehingga mengembang.
- Didihkan 1.5 liter air bersama gula batu dan daun pandan.
- Masukkan kurma merah, longan kering dan buah kundur. Reneh selama 10–15 minit.
- Tutup api dan biarkan air rebusan sejuk.
- Masukkan buah laici dan biji selasih yang telah dikembang.
- Hidangkan bersama ais.
TEH O AIS LIMAU



Bahan - bahan
- 2 cawan isi tembikai
- 1 tin Sprite / 325 ml
- 1–2 sudu besar gula atau sirap gula
- 1 sudu besar jus limau nipis
- Ais secukupnya
- Hirisan tembikai & limau nipis untuk hiasan
Cara Penyediaan
- Kisar isi tembikai sehingga halus.
- Tapis jus tembikai jika mahu tekstur yang lebih smooth.
- Masukkan jus tembikai ke dalam gelas.
- Tambahkan jus limau nipis dan sirap gula.
- Masukkan ais secukupnya.
- Tuangkan Sprite perlahan-lahan.
- Kacau perlahan dan hiaskan dengan hirisan tembikai.
TEH TARIK



Bahan - bahan
- 2 sudu besar serbuk teh
- 1 cawan air panas
- ½ cawan susu pekat manis
- ½ cawan susu cair
- Gula secukupnya (jika perlu)
Cara Penyediaan
- Didihkan air dan masukkan serbuk teh.
- Reneh selama 3–5 minit sehingga air menjadi pekat.
- Tapis air teh ke dalam bekas.
- Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan teh dari satu bekas ke bekas lain secara berulang kali sehingga berbuih.
- Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan panas.
